FAQ
Soalan Lazim
Penjagaan Selepas Bersalin (Postnatal Care)
Apakah itu penjagaan selepas bersalin?
Penjagaan selepas bersalin merangkumi rawatan dan pemulihan fizikal serta emosi ibu dalam tempoh 6 minggu selepas melahirkan.
Kenapa penjagaan selepas bersalin penting?
Ia membantu tubuh ibu pulih, mencegah komplikasi, menyokong penyusuan dan kestabilan emosi.
Berapa lama tempoh berpantang yang disarankan?
Kebiasaannya 44 hari, namun bergantung pada keadaan kesihatan dan nasihat pakar.
Apakah perkhidmatan yang ditawarkan oleh bidan selepas bersalin?
Antaranya termasuk urutan tradisional, bertungku, berbengkung, mandi herba dan penjagaan luka bersalin.
Adakah selamat mengambil jamu atau herba semasa menyusukan bayi?
Pastikan jamu atau herba yang diambil mendapat nasihat daripada pakar atau bidan terlatih.
Bilakah ibu perlu mendapatkan rawatan lanjut selepas bersalin?
Jika mengalami demam, pendarahan berlebihan, kesakitan melampau, kemurungan atau luka yang tidak sembuh.